SENI MALAYSIA

Warna Boleh Buat Anda Jadi Gila ??

Bagaimanakah Warna Boleh Mempengaruhi Diri Anda. Topik ini sangat membantu anda dalam menghiasi dan mewarna kediamanan anda?

Image result for red anger

Merah buat anda marah! Mesti anda pernah dengar kenyataan seperti ini berulang kali kalau anda dah biasa “berurusan” dengan warna.

Seperti telinga apabila mendengar lagu Masdo-bunga membuatkan hati anda berbunga-bunga. Begitu juga dengan mata, setiap perkara atau benda yang anda tengok akan ditangkap oleh mata dan akan dihantar ke otak anda untuk ditafsir oleh otak. Disebabkan otak anda berfungsi mengeluarkan hormone pencetus ke seluruh badan anda, seperti panas, mengantuk, dan lapar, apabila mata melihat warna ia akan menghantar maklumat itu ke otak untuk otak keluarkan hormone yang sepatutnya.

Related image

Sebagai contoh langit pada waktu pagi terdiri daripada warna biru, yang akan membuatkan kita merasa segar dan bernyawa. Dan langit di petang hari, warna biru berkurangan, membuatkan kita jadi mengantuk malah jika cuaca menjadi suram misalnya jika hari mendung atau hujan, secara kebiasaan badan kita akan menjadi lesu dan selalu menguap. Ini juga merupakan tindak balas cuaca yang dapat dirasai oleh pancaindera manusia yang terus dihantar ke otak dan otak secara automatik memberi tindak balasnya kepada badan kita.

Related image

Ada kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari University of Ledds, mendapati yang warna boleh mempengaruhi kadar dengupan jantung dan tekanan darah, Warna merah menaikkan kadar degupan jantung, manakala warna biru menurunkan kadar degupan jantung. Walaupun kesannya sangat kecil atau sedikit. Tapi anda boleh bayangkan jika sesuatu warna itu ada bertembung setiap hari, ia akan memberikan kesan yang panjang.

Pada tahun 2009 lampu warna biru di pasang di setiap platform keretapi Yamanote di Tokyo untuk mengurangkan kadar bunuh diri. Dan hasilnya adalah penurunan kes bunuh diri yang melompat ke atas landasan sebanyak 74 peratus!

Image result for choosing colour

Di sini menunjukkan dengan jelas yang warna boleh mempengaruhi kita secara kita sedar atau tak. Warna bukan sahaja mempangaruhi anda secara psikologi, tetapi juga secara fizikal. Walaupun tidak banyak kajian yang dijalankan di dalam bidang ini, mungkin kerana faktor setiap orang menginterpretasi warna secara berlainan antara satu sama lain, tetapi ramai pengkaji mengakui yang warna boleh mempengaruhi kita di dalam sesuatu situasi. Kita harap ada kajian yang lebih mendalam dapat dihasilkan supaya dapat memberi kita lebih kefahaman tentang bagaimana warna  mempengaruhi otak anda. Kerana mungkin ada tidak mahu percaya cakap saya, anda boleh dengar cakap orang yang buat research berbanding saya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two + 2 =

Scroll To Top