SENI MALAYSIA

Tip-Tip Memilih Painting Untuk Kediaman

  1. Fikirkan saiz painting yang sesuai.

Related image

Saiz painting boleh mencantikkan kediaman dan dalam masa yang sama juga boleh merosakkan kediaman. Jadi apabila anda hendak membeli painting, anda perlu mengambil kira saiz painting tu.Sebab anda tidak mahu meletak painting yang cantik tetapi kecil di dalam billik yang besar. Atau painting yang terlalu besar hingga memakan ruang visual anda. Salah satu yang anda perlu mengambil kira jika anda nak pindahkan painting tu, atau mobilize, anda boleh beli saiz yang sederhana, tak kecil dan tak besar. Painting yang dalam ukuran 30cm x 120cm sangat sesuai untuk semua dinding.

  1. Percayakan naluri anda

Anda punya firasat atau cita rasa. Jika anda suka, anda boleh terus beli. Kerana anda akan selalu ada tempat di dinding untuk painting yang anda beli. Tetapi jika anda mempunyai ruang yang terhad, harus bersedia, sediakan pita pengukur untuk mengukur atau membuat anggaran saiz painting yang sesuai dengan dinding di kediaman anda. Anda perlu selalu mengikut kehendak hati anda kerana painting adalah satu investment dan ia adalah komitment jangka panjang. Zahir sesebuah painting itu adalah memberikan emosi kepada orang yang melihat. Jika painting itu cantik tetapi tidak memberikan anda apa-apa perasaan jika melihat, sama saja seperti menenung dinding rumah yang kosong.

  1. Tengok online dan cari painting yang original.dan juga untuk memerhati harga.

Related image

Cara yang bagus adalah melihat harga secara online. Di zaman moden nie kan banyak dah cara untuk anda beli painting. Semua di hujung jari anda. Jika anda ingin mencari painting yang cantik dan berkualiti, laman sesawang seperti My Art Spaces Saatchi menjual pelbagai painting yang berkualiti. Anda juga boleh memerhati dan mengkaji harga di sana. Jika anda mahu mengukur bajet apabila membeli painting, anda boleh ke online dan lihat apakah harga di pasaran sebelum anda pergi ke kedai untuk membeli. Jika anda nak tahu beza antara painting yang original dengan printed, anda boleh mengunjugi laman sesawang facebook My Art Spaces untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

  1. Gabungan antik dengan moden, be bold!

 

Image result for painting interior

Saya sangat suka gabungan painting yang bergaya moden dengan perabut yang lama atau antik. Sebab pada saya painting moden sangat sesuai berada di atas perabot antik. Anda tidak boleh membuat  kesilapan di situ. Benar saya cakap sebab saya pernah melawat ke rumah Raja Shariman, salah seorang pengkarya arca negara, rumahnya banyak perabot lama dan painting-painting yang digantung mencantikkan lagi suasana rumah tu.

  1. Bila anda dah BOLD, pastikan semua bende minimal.

Jika anda membeli painting yang striking, pastikan ia menjadi penegasan utama dalam ruang anda. Jadikan semuanya mudah dan bersahaja. Anda tidak mahu perabot dan painting anda bergaduh sesame sendiri. Tapi akan ada orang cakap, ”jangan biar panting menenggelamkan kediaman tetapi mahu menjadikan painting sebagai penegasan utama, jadi kena tengelamkan lah”. Tenang!! Tenang… sebab itu My Art Spaces pakar dalam hal nie. Saya nak jelaskan pun agak susah, tapi saya tahu bagaimana nak buat painting itu nampak “wow” tapi dalam masa yang sama tak menenggelamkan kediaman anda. Painting anda akan nampak harmoni dengan kediaman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three × two =

Scroll To Top