SENI MALAYSIA

ANDA PASTI TERPESONA DENGAN VISUAL ARTIST WANITA INI

Apabila bercakap tentang Visual Artist, pasti ada sesetengah orang akan sinonimkan pengkarya dengan pakaian yang penuh dengan cat, kotor, berhabuk, dan ada yang beranggapan pengkarya mempunyai penampilan yang kusut masai, tapi jangan terkejut kerana penampilan visual artist wanita ini akan membuatkan anda terpesona.

Sofia Haron

Siapa je kan yang tak kenal Sofia Haron dalam kalangan visual artist tempatan kini. Sofia atau lebih dikenali sebagai Opi bukan sahaja memiliki rupa diri yang ayu malah memiliki bakat yang besar dalam bidang seni tempatan. Opi berumur 26 tahun dan dia merupakan bekas pelajar di UiTM Melaka dan UiTM Shah Alam. Jika korang mahu kenali Opi serta melihat karya-karya seninya, korang boleh melawat ke instagramnya @sofiaharon.

Raimi Safiqah Sani

Artis muda yang semakin meningkat naik namanya iaitu Raimi Safiqah Sani atau lebih dikenali dengan nama Raimi Sani dalam kalangan artis. Jika korang melihat karya seni gadis muda ni mesti korang sukar percaya. Karya seninya sangat sangat terperinci dan penuh ketelitian. Lukisannya secantik pelukisnya. Hehehe.. Beliau merupakan bekas penuntut di UiTM Seri Iskandar dan UiTM Shah Alam pada tahun 2015. Pamerannya yang baru saja lepas iaitu ‘Filling The Void’ di Galeri G13, Kelana Jaya pada April lepas. Jika korang ingin melihat gambar-gambar lukisannya dengan lebih banyak, korang boleh melawat ke akaun instagramnya di @raimisani.

Anisa Abdullah

Anisa Abdullah antara nama-nama artis muda yang terkenal di Malaysia. Mendapat gelaran nama ‘Anis Arab’ kerana wajahnya kelihatan seperti seorang wanita Arab. Anisa merupakan bekas penuntut diploma dari Ikip College Kuantan, Pahang. Kemudian beliau menyambung pelajarannya di peringkat sarjana muda di UiTM Shah Alam dalam bidang Seni Halus. Karya lukisannya sangat menarik kerana beliau gemar menggunakan teknik kolaj di dalam lukisannya. Bagi korang yang tak tahu apa itu teknik kolaj, korang boleh melawat ke akaun instagramnya iaitu @anisaarab.

Tham Yoke In (Yuki Tham)

Gadis berbangsa Cina muaalaf, Tham Yoke In atau dikenali sebagai Yuki Tham merupakan seorang pelukis yang dilahirkan dari Dasein Academy of Art. Beliau berumur 26 Tahun. Sebut saja nama Yuki Tham, pasti ramai yang membayangkan lukisan figuranya yang lebih ke arah realistik. Gadis comel berasal dari Johor ini mula bergiat aktif dalam dunia seni Malaysia sejak tahun 2013. Jika korang nak tengok lukisannya yang gempak-gempak, korang boleh la usya di instagramnya @yukitham_art.

Zarina Abdullah

Wajahnya ayu ala-ala gadis Pakistan, Zarina Abdullah, 36 tahun mula bergiat aktif dalam bidang seni sejak tahun 1999. Beliau juga merupakan seorang pelukis yang lahir dari UiTM Shah Alam dalam bidang seni halus. Zarina memperoleh Pameran Solo di Pusat Pameran Seni NSTP pada tahun 2005, bertajuk “SWEET CARGO”. Antara kemuncak kerjaya beliau ialah memenangi Hadiah Utama NOKIA ART AWARD pada tahun 2002. Anda boleh melihat karya-karyanya yang “superb” di akaun instagramnya @zarina_abdullah81.

Jadi apa pendapat anda, anda terpesona tak? Tinggalkan komen anda di bawah dan jika anda ada pendapat jangan lupa untuk emailkan kepada kami di artspace.my@gmail.com

Cara Membeli Seni Catan Untuk Rumah Anda

Dalam Enam Langkah Mudah

Penulis: Ammar Safuan

Editor: Firdaus Nordin

Memilih seni catan untuk rumah anda boleh menjadi satu cabaran. Berikut adalah enam tips untuk membantu anda. Ilustrasi oleh Sunny Eckerle

Kebanyakkan galeri, di dalamnya mempunyai dinding putih yang besar, kurator dengan potongan rambut yang kemas, dan ai memberikan satu perasaan yang mengerunkan. Berjalan ke dalam galeri dengan fikiran untuk membeli lukisan yang akan mengisi ruang kosong yang membosankan di atas sofa anda memerlukan keberanian dan pengetahuan yang cukup banyak.

Tetapi itu tidak menjadi sebab untuk anda terus berpuas hati dan membeli seni catan yang mahal. Syamsul Addenno, pengasas galeri seni online, My Art Spaces, memberikan anda tip terbaik untuk membeli sesebuah seni catan yang sempurna untuk ruang anda.

1. Mulakan dengan niat

Halangan terbesar ketika membeli sebuah seni catan adalah ketakutan kelihatan bodoh apabila bercakap tentang seni catan yang anda mahukan. Seni mempunyai bahasanya yang tersendiri, dan ia boleh menjadi sangat membosankan. “Jika anda tidak mempunyai pengalaman dalam dunia seni, ia boleh menakutkan untuk memasuki galeri dan tidak tahu di mana anda harus bermula bermula,” kata Syamsul Addenno.

Kuncinya adalah untuk mengatasi rasa takut itu, Syamsul, painting specialist berkata, cipta satu “projek” terlebih dahulu dalam fikiran anda: Mungkin ruang kosong di dinding anda yang perlu diisi, atau keinginan untuk menambahkan warna ke dalam bilik anda.

“Apabila anda sudah jelas niat anda, tidak kira jika anda tidak “berbahasa” seni,” kata Syamsul, “Anda akan tahu apa yang anda cari, dan itu menjadikannya lebih mudah untuk mencari sesuatu yang anda suka.”

2. Tahu bajet anda

“Keutamaan yang pertama bagi kolektor baru adalah fokus kepada berapakah bajet anda,” kata Syamsul. Sebelum anda mula mencari seni catan dan cuba untuk menentukan apa yang anda mahu beli, anda harus menentukan berapa banyak yang anda boleh dan mampu belanja untuk sesebuah seni catan. “Tentukan had anda dan pastikan ia tidak berubah-ubah,” katanya.

Jadi, berapa banyak wang yang perlu anda ada untuk mula mengumpul seni? “Saya tidak fikir ada had yang lebih rendah untuk membeli seni,” kata Syamsul. “Anda boleh membeli seni catan tidak kira berapakah bajet anda. yang penting adalah hanya untuk membeli satu seni catan.” Syamsul mengatakan bahawa anda boleh mendapatkan lukisan yang sangat bagus oleh artist baru dengan RM 300. “Tetapi jika bajet anda hanya RM 100 ,” kata Syamsul, “masih ada banyak lagi seni catan yang cantik yang anda boleh beli dengan RM 100.”

3. Dapatkan seni catan yang paling berbaloi dengan jumlah wang anda

Sebaik sahaja anda tahu berapa banyak yang anda ingin belanjakan, anda harus mencuba mendapatkan seberapa banyak seni catan dengan jumlah wang anda. “Kebiasaannya, lebih banyak yang anda dapat daripada jumlah tersebut adalah lebih baik.” kata Syamsul.”Contohnya, jika bajet anda RM 1000, dan pilihan anda adalah 20 x 20 inchi ataupun 40 x 40 inchi, pada saya, lebih besar adalah lebih baik bagi sesiapa yang ingin mengumpul seni catan, supaya anda ada satu seni catan yang besar dan menyerlah.”

Cara yang bagus untuk mendapat seni catan yang baik dengan harga yang murah adalah dengan membeli karya artis baru atau sedang meningkat naik. “Hasil seni catan artis tersebut mempunyai potensi untuk meningkat kadar nilainya, tapi itu bukanlah kepentingan anda,” kata Syamsul. “Ia adalah sesuatu yang menarik dan menakjubkan apa yang anda boleh dapat daripada artis yang baru bermula menghasilkan seni catan. Ada banyak lagi hasil seni catan yang benar-benar cantik di luar sana.”

Selain itu, jika anda ingin membeli seni catan di galeri, Syamsul berkata untuk selalu bertanya sama ada harga tersebut adalah harga yang muktamad. “Anda boleh secara terbuka bertanya jika ada potongan harga,” katanya. “Galeri sering menawarkan diskaun 5 atau 10%.”

4. Cuba beli melalui online

Biasanya, kolektor membeli hasil seni catan melalui galeri, menghadkan pilihan mereka kepada galeri berdekatan kawasan mereka sahaja. Dalam tempoh lima tahun yang lalu, kurator memberitahu bahawa pembelian seni dalam talian telah memberikan pilihan yang luas kepada apa yang anda boleh beli. Galeri-galeri online seperti Artsy, Artisan Malaysia, dan My Art Spaces menghapuskan halangan kemasukan untuk pengumpul seni yang baru dan mendemokratisasikan proses tersebut.

“Jika anda tidak melancong, galeri online menawarkan peluang untuk melihat seni dari seluruh dunia,” kata Syamsul. “Laman kami [My Art Spaces] mempunyai seni catan hasil daripada artis dari pelbagai latar belakang dari seluruh Malaysia.” My Art Space juga menawarkan perkhidmatan kurator dalam talian yang boleh membantu anda mencari hasil seni catan yang sepadan dengan semua keinginan anda untuk bilik anda.

5. Ambil tahu tentang cerita sebalik hasil seni catan 

“Seni adalah pemula bicara, atau convesation strater,” kata Syamsul. Apabila seseorang datang ke rumah anda dan melihat hasil seni catan di dinding, anda berharap ia cukup baik untuk memberi pemula kepada perbualan. “Sebagai pemilik karya seni, anda benar-benar mahu tahu cerita di sebalik sesebuah hasil seni tersebut.” Sebaik sahaja anda jumpa hasil seni yang mungkin anda mahu beli, ketahui semua maklumat tentang hasil seni tersebut
 
Kebanyakan galeri mempunyai maklumat mengenai kehidupan dan latihan seseorang artis, dan dapat memberitahu anda cerita di sebalik sebuah hasil seni catan: mengapa ia dicipta, apakah maksud ia kepada artis tersebut, dan pelbagai fakta menarik yang dapat anda jamukan kepada tetamu anda.
 

6. Beli sesuatu yang anda suka

1
“Semakin banyak yang anda lihat,” kata Syamsul, “semakin anda akan faham apa yang anda suka.” Dan tidak kira betapa sedikitnya anda tahu, atau ketakutan yang anda rasakan, jika anda melihat sesuatu yang anda yakin dan anda suka, beli. “Jangan takut untuk membuat pembelian pertama,” kata Syamsul lagi. “Ia akan jadi sebahagian dari hidup anda, anda akan hidup dengannya. Anda mahu hasil seni catan tersebut menjadi inspirasi kepada anda setiap hari.”
 
 
Scroll To Top