SENI MALAYSIA

Cara Mempamer dan Melindungi Karya Seni Anda di Rumah

Cara Mempamer dan Melindungi Seni Anda di Rumah

Pada masa kini, ramai antara kita yang gemar membeli karya seni untuk hiasan dalaman rumah. Namun bagaimana pula cara yang tepat untuk mempamer dan melindungi karya seni itu daripada mengalami kerosakan. Berikut merupakan cara mempamerkan dan melindungi seni di rumah anda. 

1.Mengupah Perkhidmatan Mengantung Karya Profesional.

Penggantung karya profesional merupakan individu yang mahir dalam menyokong dan menggantung karya dengan bahan yang betul mengikut berat karya dan peralatan yang sesuai digunakan. Dengan cara ini karya yang digantung akan lebih selamat pada dinding rumah anda. Berfikirlah secara bijak. 

2.Elak Menggantung Karya di Bahagian Rumah yang Berisiko

Apabila anda merancang ingin mempamerkan karya seni, anda perlu mengenalpasti bahagian rumah yang sesuai dan tidak terdedah secara langsung kepada angin dan hujan yang berisiko menjejaskan karya seni. 

3.Tempatkan Karya Dari Terdedah Kepada Matahari Secara Terus

Kerosakan karya seni disebabkan terdedah kepada cahaya matahari pada kebiasaannya amat sukar untuk dipulihkan. Cara terbaik adalah tempatkan karya anda di tempat yang tidak terdedah secara langsung dengan cahaya matahari. Namun bagi mereka yang suka akan cahaya semula jadi, pertimbangkan menggunakan “translucent protective film” pada tingkap yang dapat mengawal cahaya matahari.

4.Bingkaikan semua Karya

Membingkaikan koleksi seni anda adalah pelaburan. Dengan memilih bingkai kaca yang sesuai dan mempunyai ciri khusus dapat melindungi karya anda daripada mengalami kerosakan. 

Non-glare glass dan Regular Glass: Ini merupakan bahan sering digunakan terutamanya pada bingkai kraf. Pilihan ini memberi separuh daripada perlindungan sifar dari sinaran UV. 

Plexiglass : kaca yang lebih ringan ini sesuai untuk frame yang bersaiz besar. Plexiglass ini dapat melindungi terhadap kira-kira 60% sinar UV. 

Museum Glass : Ini adalah kaca yang paling berkesan yang dapat melindungi karya anda. Walaupun kaca ini yang paling mahal, ia dapat mengurangkan 1% refleksi cahaya dan blok 99% dari sinaran UV matahari yang dapat menjejaskan karya. 

Dengan empat cara yang dinyatakan di dalam artikel ini diharap dapat membantu anda untuk mempamerkan dan melindungi karya anda di rumah. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan dan cadangan yang ingin diajukan, sila email kami di artspace.my@gmail.com. Jangan lupa like dan share page kami untuk lebih info berkaitan dengan karya catan. 

Cara Mempamer dan Melindungi Karya Seni Anda Di Rumah (Part 2)

Artikel ini merupakan sambungan daripada artikel sebelum ini. Menggantung lukisan adalah mudah, tetapi terdapat beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan. Berikut merupakan cara mempamer dan melindungi karya seni anda daripada mengalami kerosakan.

1) Pastikan Suhu Rumah ideal.

Suhu dalam  rumah yang ideal dapat mengelak karya seni daripada mengalami kerosakan  seperti imej bertukar warna menjadi pudar atau warna menjadi merekah. 

2) "Rotate" Karya Seni Anda.

Dengan memindahkan antara karya (rotate) ke bahagian lain, anda secara semula jadi dapat merasakan kelainan pada rumah anda. Anda hanya perlu memastikan bingkai dan penyokong bingkai atau tali pengantung berada dalam keadaan baik. Perkara ini dapat menjimatkan wang anda tanpa membeli karya yang baru. 

3) Pastikan Paku atau skru pada sudut kebawah 45 Darjah.

Ramai orang yang membuat kesilapan dengan meletakkan paku atau skru secara lurus ke dinding tetapi ini bukan cara yang stabil. Perlahan-lahan paku atau skru ke dalam dinding supaya kepala paku atau skru bersudut ke arah siling. Biarkan 1/2 ” (1.3cm) melekat pada dinding. Jika menggunakan penukul, sila pastikan tidak menggunakan yang besar A 20 atau A24  yang terlalu berat kerana akan menjejaskan permukaan dinding ketika menukul

4) Jangan Mengantung Karya di Tempat Mudah Terbakar.

Mempamer karya di tempat yang mudah terbakar akan mengundang kerosakan pada karya kerana terdedah dengan asap dan haba. Karya akan bertukar warna dan imej akan rosak jika karya terdedah dengan asap dan haba. Anda disarankan supaya elakkan karya seni anda digantung di tempat ini jika anda tidak mahu melihat karya mahal anda rosak begitu sahaja. 

Dengan empat cara yang dinyatakan di dalam artikel kali ini, di harap dapat membantu anda untuk mempamerkan karya di rumah.  Bukan itu sahaja, karya seni anda juga akan lebih selamat daripada mengalami kerosakan. Jangan lupa share dan like page kami untuk lebih info berkaitan painting. Jika anda mempunyai sebarang pendapat, cadangan dan pertanyaan sila email kami di artspace.my@gmail.com. 

Scroll To Top