SENI MALAYSIA

4 KESILAPAN MEMAPARKAN KARYA SENI DAN PENYELESAIANNYA

Penulis: Zariq Hafiz 

Editor: Syamsul Addenno

Seni kini menjadi salah satu elemen yang penting dalam menghias rumah. Namun kadang-kala kita akan melakukan kesilapan-kesilapan ini terutamanya apabila pindah rumah. Ini adalah kesilapan umum yang paling banyak dalam mempamerkan karya seni yang boleh dielakkan.

1- Mengantung karya terlalu tinggi

Karya yang digantung tinggi akan mewujudkan ruang yang tidak seimbang sama ada digantung di atas katil atau sofa dan mata yang melihat akan berasa janggal apabila melihat karya yang tinggi pada dinding. Bagi menggubahnya, anda perlu bergerak sedikit beberapa langkah kebelakang dan mellihat untuk menilai ketinggian yang ideal untuk memaparkan karya seni di dinding rumah anda.

2- Penggunaan ukuran yang kurang tepat

Jika anda mahukan tumpuan, anda tidak boleh mengantung karya yang kecil di permukaan dinding yang besar atau luas. Tetapi anda perlu melihat ruang untuk mengantung karya itu secara keseluruhan dan daripada itu anda boleh menganggar saiz karya yang perlu digantung supaya karya yang dipaparkan tidak terlalu besar atau terlalu kecil.

3- Terlalu “matchy”

Seni anda adalah peluang terbaik untuk membebaskan diri daripada ruang bilk yang membosankan dan untuk ‘bermain’ dengan pemillihan warna untuk sesuatu ruang, jadi jangan terperangkap memikirkan untuk memilih warna yang sekata atau sama. Pilih karya seni yang berlawanan dengan keadaan sekelilingnya. Sebaga contoh karya seni berwarna merah digantung di dalam bilik yang bertemanakan putih.

4- Gantung tanpa merancang

Hanya orang yang mahir yang dapat menentukan “eye level” ketika mengantung karya untuk mendapatkan hasil yang sempurna. Tidaklah kira cara dan teknik yang dilakukan, yang penting anda dapat merasakan kedudukan yang tepat sebelum anda menebuk lubang pada dinding. Jika anda tidak mahir, rancang dahulu peletakan sesuatu karya sebelum mengantungnya.

Jadi harap artikel ini dapat membantu anda supaya tidak melalukan kesialapan apabila hendak menghiasi kediaman anda. Jangan lupa untuk share dan like page kami untuk lebih info berkenaan painting. Jika ada apa-apa pertanyaan, pendapat dan cadangan sila email kami di artspace.my@gmail.com

Dato’ M. Nasir : Seniman Malaysia

Penulis: Syamsul Addenno

Penyanyi, Komposer, Pelakon dan kini, Pelukis?

Kalau bercakap tentang lagenda arena seni musik tanah air, pasti Datuk M. Nasir akan terintas di fikiran anda. Beliau boleh dikatakan sebagai salah seorang taikun di dalam arena musik tempatan, dengan menjadi penggubah lagu, pelakon, penerbit album, pengarah musik dan Datuk M. Nasir juga mempunyai syarikat rakaman sendiri (Luncai Emas). Tapi tahukah anda beliau juga merupakan seorang pelukis. Artikel ini akan mengupas tentang karya-karya yang telah dihasilkan oleh beliau dan apakah yang ingin Dato’ sampaikan.

Buka | Acrylic on Canvas | 100cm x 120cm | 2015
Mimpi Merah | Acrylic on Canvas | 122cm x 92cm | 2015

Dato’ M. Nasir pada mulanya meupakan pelukis yang mempunyai kelulusan dalam seni halus melalui pengajiannya di Nanyang Academy of Fine Arts pada tahun 1977. Walaupun aktif menghasilkan lagu selepas itu, Beliau juga ada menghasilkan seni catan dan aktif menyertai pameran seperti pameran Contemporary Batik Exhibition (1978), 5 Man Show: Viewpoint (1980), dan Maya (1999). Beliau juga ada membuat Solo Exhibition: Tanda dan Tanda 2 di Tapak Gallery milik seniman Negara, Dato’ Yusuf Ghani.

Mimpi | Acrylic on Canvas | 127cm x 96cm | 2015

Datuk M.Nasir menghasilkan lukisan yang mempunyai elemen abstrak dimana jika dilihat ada sedikit sentuhan surrealism dan spiritual. “Kini aku sedang berkerja membongkar bentuk-bentuk yang dipanjangkan oleh minda sehingga ia menjangkau sempadan yang kita kenal untuk mengetahui adakah bentuk-bentuk yang kita pernah kenal lagi atau semua itu pernah kita kenal suatu masa dulu, kata Dato M. Nasir melalui buku pameran solonya, Tanda.”

Pemandangan Minda | Acrylic on Canvas | 91cm x 121cm | 2013
Dato’ M. Nasir bersam pemilik Galeri Tapak, Dato’ Yusof Ghani (Sumber: The Star)

Jika melihat semua lukisan Dato’ pasti ada akan merasakan terpegun dan terpinga-pinga cuba menafsir apakah yang cuba disampaikan. Seperti yang saya lihat ketika pamerannya di Galeri Tapak, saya terpaksa melihat tajuknya dahulu dan konon memahami apa yang beliau katakan. Seperti karyanya yang bertajuk Dewi, setelah diamati kelihat seperti beliau cuba mengambarkan seorang dewi. Kemudian ia membuatkan saya terpikir tajuk itu bukan sekadar mengrevolusikan apa yang cuba beliau sampaikan, Dia telah menulis dan menghasilkan lagu yang memerlukan penghayatan yang mendalam untuk memahami lagu beliau dan saya rasa perihal yang sama juga pada lukisannya.

Dewi | Acrylic on Canvas | 100cm x 120cm | 2014

Tetapi haruslah saya katakan yang ini tidaklah bermaksud Dato’ M. Nasir menghasilkan karya ini untuk bercerita tentang lagunya. Walaupun lagu itulah seakan nampak di dalam karyanya.

 

Scroll To Top