SENI MALAYSIA

REVIEW EXHIBITION HARON MOKHTAR 2018

Penulis: Zariq Hafiz

HARON MOKHTAR: KAPSUL MASA 1988-2018 (SIRI PERAKAM WAKTU)

Pameran seni ini diadakan di Galeri Shah Alam yang merupakan pameran solo ke-lapan Harun Mokhtar diadakan  sejak berkecimpung dalam bidang seni ini sejak pertengahan 80 an. Beliau antara pengkarya yang konsisten yang memanifestasikan Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971, yang menetapkan salah satu prinsip dimana antaranya halatuju seni berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini. 

Pameran ini dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Pameran ini bertajuk Haron Mokhtar: Kapsul Masa 1988-2018 (Siri Perakam Waktu) mempamerkan 86 karya catan beliau yang banyak menceritakan berkenaan sosioekonomi masyarakat di negara ini seperti bertani, nelayan dan lain-lain. Karya beliau juga mempamerkan mengenai budaya dan warisan masyarakat seperti dari segi pemakaian baju kebaya dan baju tradisional Bapa dan Nyonya, aktiviti harian masyarakat seperti menuai padi, membasuh baju disungai (iaitu aktiviti bagi kaum wanita), selain itu mempamerkan juga mengenai warisan berharga seperti bangunan bersejarah seperti masjid di Melaka dan rumah tradisional seperti rumah pondok (rumah asas), rumah Melayu Melaka, rumah Iban dan rumah Minangkabau.

Karya beliau juga tidak ketinggalan mempamerkan barangan entik seperti dulang, mangkuk tingkat, pelita dan lain-lain. Penggunaan subjek haiwan juga digunakan di dalam karya beliau seperti lembu, kerbau dan ayam. Haiwan yang digunakan kebanyakkannya terlibat dengan sosioekonomi masyarakat di negara ini pada zaman dahulu seperti kerbau digunakan dibendang sawah padi, lembu sebagai kenderaan zaman dahulu yang digunakan untuk menarik beca.  Kenderaan antik juga digunakan dalam karya beliau yang dapat mengamit kenangan 

Karya beliau ini menampilkan ciri yang sama di semua karya yang dihasilkan seolah olah mempunyai dua bahagian bahagian atas dan bawah. Dibahagian atas, kebanyakkannya berkenaan bangunan bersejarah dan tradisi masyarakat seperti rumah tradisional, masjid dan lain-lain manakala dibahagian bawah, karya beliau lebih banyak menceritakan megenai sosioekonomi, adat, budaya, aktiviti harian, keagamaan, kenderaan, haiwan dan barangan entik seperti lampu pelita. Selain itu, ciri karya yang diterapkan beliau mewujudkan satu ruang dibahagian tengah dan membiarkan kosong supaya karya tidak kelihatan penuh dan membuatkan mata audien “rehat” ketika melihat karya beliau. Maka audien akan faham dengan mesej yang disampaikan beliau. 

Pameran ini juga menampilkan karya kecil (sketch)beliau seperti drawing dan watercolour. Tidak ketinggalan installation tempat beliau berkarya bersama barangan peribadi untuk berkarya juga dipamerkan seperti meja, peralatan mewarna, kerusi, easel dan lain-lain. Perkara ini mampu memberi aura kepada audien apabila dapat melihat secara dekat tempat beliau berkarya. 

Akhir kata, pameran yang diadakan ini merupakan pameran solo beliau yang kelapan sejak berkecimpung di dalam dunia seni ini. Karya yang dihasilkan lebih kepada merakam semula adat, budaya dan warisan, sosioekonomi, tempat bersejarah dan aktiviti harian masyarakat dahulu ke karya beliau yang banyak mengamit kenangan dan memori. Harapan saya di masa akan datang supaya mengetengahkan lagi karya yang bercirikan seperti ini. Hal ini kerana karya seperti ini boleh dianggap warisan yang tidak ternilai kerana karya seperti ini tidak ramai artis mengetengahkan.

 

Pandangan hadapan Galeri Shah Alam yang menjadi tempat pameran Haron Mokhtar 2018

Duli Yang Maha Mulia(DYMM) Sultan selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli merasmikan Pameran Haron Mokhtar 'Perakam Waktu'.

Antara karya beliau yang menampilkan aktiviti harian masyarakat dahulu.

Installation tempat beliau berkarya turut dipamerkan.

Antara karya beliau yang mempamerkan mengenai sosioekonomi masyarakat.

Karya dengan tiga kereta antik yang pelbagai jenis.

Karya ini mencuri tumpuan penulis kerana menampilkan tiga scene yang berbeza di dalam satu frame tapi masih mengambarkan satu mesej yang menunjukkan masyarakat pada masa itu sosioekonominya adalah bertani. Sesuai dengan tajuknya iaitu BERTANI. 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

12 + 14 =

Scroll To Top