SENI MALAYSIA

Kumpulan Seni Malaysia

MATA HATI : For Your Pleasure

Berdaftar sebagai koperasi, MATAHATI adalah kumpulan yang ditubuhkan oleh pelajar-pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menghabiskan pengajian bersama-sama pada tahun 1991. Pada mulanya kumpulan ini bermula dengan 7 orang ahli, dan ketika kumpulan ini berkembang, ahlinya berkurang menjadi 5 orang sahaja: Ahmad Fuad Osman, Ahmad Shukri Mohamed, Bayu Utomo Radjikin, Hamir Soib dan Masnoor Ramli Mahmud. Matlamat kumpulan ini berfungsi sebagai struktur sokongan kepada artis, sebagai wadah untuk idea-idea dan kaedah kerja yang baru, atau pertolongan kepada sesama sendiri. Mari kenali artis-artis yang hebat ini.

 

AHMAD FUAD OSMAN

Dilahirkan pada tahun 1969, Ahmad Fuad meninggalkan kampung halamannya di Baling, Kedah pada tahun 1987 untuk mendapatkan ijazah dalam bidang Fine Art di Universiti Teknologi MARA UiTM dan mendapat kelulusan Sarjana Muda Seni Halus pada tahun 1991.

Karyanya bukan sahaja mendapat perhatian di dalam negara sahaja malah di seluruh dunia dan dipamerkan di institusi besar seperti Galeri Seni Visual Negara dan Galeri Petronas Malaysia; Tacheles Berlin, Jerman; Muzium Seni Metropolitan Seoul, Korea; Muzium Seni Singapura; Pusat Seni Gertrude, Melbourne, Australia; Muzium Seni Guangdong China; Muzium Seni Yokohama, Jepun; Manes Gallery, Republik Czech; Galeri Red Mill, Vermont USA, dan banyak lagi galeri dan muzium.

Majoriti karya-karyanya lebih memfokuskan keperibadian sendiri dan juga persekitaran dan kehidupan hariannya. Menurut Ahmad Fuad, pendekatan beliau dalam seni tidak semestinya hanya untuk bercerita, kadang-kadang, ia bertujuan untuk membangkitkan emosi dan persoalan. Dia sentiasa percaya bahawa seni mempunyai keupayaan untuk membantu kita mengubah, bergerak, belajar, berkembang, membebaskan, mencerminkan, meninjau, menganalisis, berkongsi dan hidup.

Hasil Seni Ahmad Fuad Osman

SYHHH..! DOK DIAM DIAM, JANGAN BANTAH. MULUT HANG HANYA BOLEH GUNA UNTUH CAKAP YAAA SAJA, BAGHU HANG BOLEH JOIN DEPA…SENANG LA JADI KAYA —– Oil on canvas | 244cm x 244cm | 1999

 

AHMAD SHUKRI MOHAMED

Ahmad Shukri Mohamed merupakan salah seorang artis yang tidak asing lagi dalam aliran seni Malaysia. Merupakan anak jati Kelantan yang dilahirkan pada tahun 1969, beliau berjaya mencipta nama setelah mendapat kelulusan Sarjana Muda Seni Halus pada tahun 1991. Beliau berjaya menaiki tangga era kesenian Malaysia bermula tahun 1998 melalui pameran solonya yang pertama bertajuk 939495969798 di Art Salon, Kuala Lumpur. Antara pameran solo beliau yang lain termasuklah Boy & Girl di Gallerie Taksu, Kuala Lumpur, “Virus”, Art Seasons, Singapore dan “Golden Gate”, Pace Gallery, Petaling Jaya pada tahun 2003.

Pendekatan yang ditunjukkan dalam hasil karya beliau adalah keprihatinannya terhadap degradasi sumber semula jadi yang tidak terkawal terutamanya hutan hujan Malaysia disebabkan oleh keuntungan yang tinggi. Tidak terikat kepada satu jenis gaya sahaja, teknik dan media yang digunakan termasuklah kolaj. Karya Shukri menawarkan komposisi kaya-kaya seperti yang dapat dilihat secara visual dan juga metafora yang bertujuan mengupas diri untuk mendedahkan tamak manusia. Subjek matter yang digunakan termasuklah watak kartun dan figura serta ekosistem.

Hasil Seni Ahmad Shukri Mohamed

VIRUS SERIES, Inscribed ‘ahmad shukri mhd 2003′ on reverse —– Mixed media on canvas | 56cm x 56cm | 2003

 

BAYU UTOMO RADJIKIN

 

Bayu Utomo Radjikin juga merupakan nama yang besar di pentas era seni Malaysia pada masa kini. Seniman yang berasal dari Sabah ini mendapat kelulusan Sarjana Muda Seni Halus dan menamatkan zaman pengajiannya pada tahun 1991 di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Bayu Utomo bukan sahaja seorang artis kontemporari dari MATAHATI dan The F Klub, malah beliau juga merupakan Pengarah HOM Art Trans. Bukan hanya terikat kepada satu bahagian seni iaitu arca sahaja, painting figura beliau juga merupakan antara artwork yang dikenali dalam pentas seni kontemporari Malaysia. Hasil seni beliau lebih memfokuskan keperibadian diri, kritikan sosial dan juga ketegangan politik antarabangsa.

Antara pameran solo beliau termasuklah  Face Without Name, The Substation Gallery, Singapore (2011), Mind The Gap: From KL to London and Back, Wei-Ling Gallery, Kuala Lumpur (2007), Tuboh: Bayu Utomo Radjikin, Galeri Citra, Kuala Lumpur, Malaysia (2003), Mencari Pahlawan…sebuah study, Sutra Dance Theatre, Kuala Lumpur, Malaysia (2003) and Diri: Bayu Utomo Radjikin, Lukisan & Catan Portret Diri bertarikh 1989 – 2001, MADC, Kuala Lumpur (2001).

Hasil Seni Bayu Utomo Radjikin

Lang Ngindang —– Ceramic and welded steel | 116 cm x 61 cm x 120 cm | 1991

 

HAMIR SOIB

Hamir Soib adalah seorang artis dari Johor yang dilahirkan pada tahun 1969. Muncul dalam senario seni kontemporari Malaysia pada awal 1990-an sebagai salah seorang ahli MATAHATI, Hamir Soib menggabungkan pendekatan teaternya untuk melukis dengan gayanya yang tersendiri iaitu magical-fantastic realisme untuk mewujudkan hasil seni yang bertindak sebagai kritikan terhadap keadaan sosio-politik masyarakat hari ini.

Kemunculan awal Hamir ke dalam pentas seni di Malaysia adalah menerusi pameran MATAHATI “Life” pada tahun 1993, dan sejak itu beliau telah menyertai pelbagai pertunjukan dan pameran secara  berkumpulan. Perlahan dalam menaiki tangga dalam dunia seni, Hamir menumpukan fokus beliau pada kerjayanya sebagai pereka set bagi teater dan filem, di mana kepakaran utamanya ialah dalam menghasilkan latar belakang dramatik untuk pentas.

Salah satu aspek yang paling menarik dalam karyanya ialah keupayaan beliau untuk mencerminkan isu-isu semasa yang dihadapi oleh masyarakat, sama ada politik, sosial atau agama. Antara pameran solo beliau ialah Pameran Tunggal, Gudang, Selangor (2005), Imbasan, Wei-Ling Gallery, Kuala Lumpur (2007) dan Arrival, Ernst & Young ASEAN, Singapore (2009).

Hasil Seni Hamir Soib

Great Malaysian Contemporary Art 2014 , Hot Seat —– Acrylic and Bitumen on Jute | 210cm x 330cm | 2014

 

MANSOOR RAMLI MAHMUD

Masnoor Ramli Mahmud bukan asing dalam kalangan pelukis tempatan malah hasil buah tangannya sentiasa ditunggu kerana mempunyai kelainan, unik dan segar. Masnoor Ramli Mahmud adalah salah seorang ahli di sebalik pembentukan kumpulan seni pertama Malaysia yang dipanggil MATAHATI.

Subjek matter bagi Masnoor menitikberatkan hubungan yang mendalam antara manusia dengan alam sekitar. Sebagai hasil pemerhatian terperinci, Masnoor Ramli Mahmud berjaya menghasilkan karya seni yang mencerminkan nuansa gelap dan juga peralihan psikologi, rohani dan budaya identiti dan sejarah masyarakat purba di seluruh Kepulauan Melayu. Beberapa karya beliau yang telah dijual termasuk ‘VOTE’ yang dijual di Artis Malaysia, & Seni Asia Tenggara Henry Artcher Auctioneers pada tahun 2014.

Antara pameran solo beliau ialah  Bumi Manusia: Revisited, Penang State Art Museum Gallery (2009) dan Solo exhibition, White Box@Publika, Kuala Lumpur (2014).

Hasil Seni Mansoor Ramli Mahmud

Moulding the History —– acrylic on canvas | 164 x 279 cm

Kesimpulannya Kumpulan Seni ataupun Art Group adalah sangat penting di dalam perkembangan seni seseorang artist kerana kumpulan seni dapat memberi impak kepada sesorang individu, kumpulan itu sendiri dan masyarakat. Kepada individu, mereka dapat meningkatkan bakat dan kemahiran berkomunikasi sesama mereka. Kumpulan itu sendiri dapat memainkan peranan dalam mengekalkan dan mempromosikan identiti kumpulan di samping dapat memberikan semangat kepada kumpulan-kumpulan seni yang beru atau meningkat naik. Masyarakat pula dapat merasai peningkatan dari segi ekonomi tempatan dan juga negara. Kita dapat llihat pada masa akan datang akan lebiih banyakk lagi kumpulan seni yang akan timbul untuk memeriahkan lagi seni Malaysia.

Scroll To Top