SENI MALAYSIA

Cara Mempamer dan Melindungi Karya Seni Anda Di Rumah (Part 2)

Artikel ini merupakan sambungan daripada artikel sebelum ini. Menggantung lukisan adalah mudah, tetapi terdapat beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan. Berikut merupakan cara mempamer dan melindungi karya seni anda daripada mengalami kerosakan.

1) Pastikan Suhu Rumah ideal.

Suhu dalam  rumah yang ideal dapat mengelak karya seni daripada mengalami kerosakan  seperti imej bertukar warna menjadi pudar atau warna menjadi merekah. 

2) "Rotate" Karya Seni Anda.

Dengan memindahkan antara karya (rotate) ke bahagian lain, anda secara semula jadi dapat merasakan kelainan pada rumah anda. Anda hanya perlu memastikan bingkai dan penyokong bingkai atau tali pengantung berada dalam keadaan baik. Perkara ini dapat menjimatkan wang anda tanpa membeli karya yang baru. 

3) Pastikan Paku atau skru pada sudut kebawah 45 Darjah.

Ramai orang yang membuat kesilapan dengan meletakkan paku atau skru secara lurus ke dinding tetapi ini bukan cara yang stabil. Perlahan-lahan paku atau skru ke dalam dinding supaya kepala paku atau skru bersudut ke arah siling. Biarkan 1/2 ” (1.3cm) melekat pada dinding. Jika menggunakan penukul, sila pastikan tidak menggunakan yang besar A 20 atau A24  yang terlalu berat kerana akan menjejaskan permukaan dinding ketika menukul

4) Jangan Mengantung Karya di Tempat Mudah Terbakar.

Mempamer karya di tempat yang mudah terbakar akan mengundang kerosakan pada karya kerana terdedah dengan asap dan haba. Karya akan bertukar warna dan imej akan rosak jika karya terdedah dengan asap dan haba. Anda disarankan supaya elakkan karya seni anda digantung di tempat ini jika anda tidak mahu melihat karya mahal anda rosak begitu sahaja. 

Dengan empat cara yang dinyatakan di dalam artikel kali ini, di harap dapat membantu anda untuk mempamerkan karya di rumah.  Bukan itu sahaja, karya seni anda juga akan lebih selamat daripada mengalami kerosakan. Jangan lupa share dan like page kami untuk lebih info berkaitan painting. Jika anda mempunyai sebarang pendapat, cadangan dan pertanyaan sila email kami di artspace.my@gmail.com. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three × three =

Scroll To Top