SENI MALAYSIA

ANDA PASTI TERPESONA DENGAN VISUAL ARTIST WANITA INI

Apabila bercakap tentang Visual Artist, pasti ada sesetengah orang akan sinonimkan pengkarya dengan pakaian yang penuh dengan cat, kotor, berhabuk, dan ada yang beranggapan pengkarya mempunyai penampilan yang kusut masai, tapi jangan terkejut kerana penampilan visual artist wanita ini akan membuatkan anda terpesona.

Sofia Haron

Siapa je kan yang tak kenal Sofia Haron dalam kalangan visual artist tempatan kini. Sofia atau lebih dikenali sebagai Opi bukan sahaja memiliki rupa diri yang ayu malah memiliki bakat yang besar dalam bidang seni tempatan. Opi berumur 26 tahun dan dia merupakan bekas pelajar di UiTM Melaka dan UiTM Shah Alam. Jika korang mahu kenali Opi serta melihat karya-karya seninya, korang boleh melawat ke instagramnya @sofiaharon.

Raimi Safiqah Sani

Artis muda yang semakin meningkat naik namanya iaitu Raimi Safiqah Sani atau lebih dikenali dengan nama Raimi Sani dalam kalangan artis. Jika korang melihat karya seni gadis muda ni mesti korang sukar percaya. Karya seninya sangat sangat terperinci dan penuh ketelitian. Lukisannya secantik pelukisnya. Hehehe.. Beliau merupakan bekas penuntut di UiTM Seri Iskandar dan UiTM Shah Alam pada tahun 2015. Pamerannya yang baru saja lepas iaitu ‘Filling The Void’ di Galeri G13, Kelana Jaya pada April lepas. Jika korang ingin melihat gambar-gambar lukisannya dengan lebih banyak, korang boleh melawat ke akaun instagramnya di @raimisani.

Anisa Abdullah

Anisa Abdullah antara nama-nama artis muda yang terkenal di Malaysia. Mendapat gelaran nama ‘Anis Arab’ kerana wajahnya kelihatan seperti seorang wanita Arab. Anisa merupakan bekas penuntut diploma dari Ikip College Kuantan, Pahang. Kemudian beliau menyambung pelajarannya di peringkat sarjana muda di UiTM Shah Alam dalam bidang Seni Halus. Karya lukisannya sangat menarik kerana beliau gemar menggunakan teknik kolaj di dalam lukisannya. Bagi korang yang tak tahu apa itu teknik kolaj, korang boleh melawat ke akaun instagramnya iaitu @anisaarab.

Tham Yoke In (Yuki Tham)

Gadis berbangsa Cina muaalaf, Tham Yoke In atau dikenali sebagai Yuki Tham merupakan seorang pelukis yang dilahirkan dari Dasein Academy of Art. Beliau berumur 26 Tahun. Sebut saja nama Yuki Tham, pasti ramai yang membayangkan lukisan figuranya yang lebih ke arah realistik. Gadis comel berasal dari Johor ini mula bergiat aktif dalam dunia seni Malaysia sejak tahun 2013. Jika korang nak tengok lukisannya yang gempak-gempak, korang boleh la usya di instagramnya @yukitham_art.

Zarina Abdullah

Wajahnya ayu ala-ala gadis Pakistan, Zarina Abdullah, 36 tahun mula bergiat aktif dalam bidang seni sejak tahun 1999. Beliau juga merupakan seorang pelukis yang lahir dari UiTM Shah Alam dalam bidang seni halus. Zarina memperoleh Pameran Solo di Pusat Pameran Seni NSTP pada tahun 2005, bertajuk “SWEET CARGO”. Antara kemuncak kerjaya beliau ialah memenangi Hadiah Utama NOKIA ART AWARD pada tahun 2002. Anda boleh melihat karya-karyanya yang “superb” di akaun instagramnya @zarina_abdullah81.

Jadi apa pendapat anda, anda terpesona tak? Tinggalkan komen anda di bawah dan jika anda ada pendapat jangan lupa untuk emailkan kepada kami di artspace.my@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 × 5 =

Scroll To Top