SENI MALAYSIA

5 Tips Mencantikkan Kediaman dengan Paiting

My Art Spaces merupakan syarikat penghasilan karya-karya seni yang pernah berurusan dengan hotel, syarikat Interior Design dan juga individu yang menginginkan karya painting di kediaman mereka. Inilah kepakaran My Art Spaces, dimana kami akan curate dan runding kediaman client dan sedikit sebanyak kami tahu perkara ini.

  1. Menambah pergerakan (Rhythm) dalam Kediaman

Related image

Dalam seni, pergerakan ini adalah cara dimana artis menghasilkan karya yang membawa pergerakan mata penonton ke sesuatu arah. Dengan meletak karya, yang terutamanya sekali karya yang boleh melahirkan keserasian dengan perabot2 di dalam bilik itu akan membuatkan mata orang tertupu terus pada painting itu

  1. Karya tu provide color.

Related image

Sebabnya adalah karya boleh menaikkan atau menenggelamkan warna di dalam kediaman. Pemilihan warna di dalam painting yang sesuai dengan keadaan ruang akan menambah keserian di dalam kediaman tersebut namun jika sebaliknya ia akan mengurangkan keserian warna di dalam kediaman anda.

  1. Membawa keseimbangan dan karakter ke kediaman anda

Contoh, Jika anda mempunyai siling yang tinggi dan anda memilih konsep moden dengan perabot-perabot yang rendah, Karya seni yang tergantung di dinding anda dapat menaikkan suasana dan akan mengimbangi kediaman anda.

  1. Melahirkan “galeri semasa” anda sendiri.

Sebab karya dalah sesuatu yang senang anda gantung dan tanggal. Sentiasa menukar karya dapat melahirkan suasana kediaman yng segar dan menarik. Ia juga dapat melahirkan perspektif yang berbeza. Contoh karya merah tuk raya cina. Karya hijau untuk hari raya, dan campuran merah biru, hijau, oren untuk piihan raya?

  1. Karya sebagai penegasan

Related image

Kadang-kadang bertindak bukan sebagai salah satu alat untuk mengharmonikan sesebuah kediaman, tapi digunakan untuk memberikan sedikit perasaan lemas. Lemas di sini bermaksud ia dapat menarik minat orang atau tetamu untuk cuba membaca mesej yang ingin disampaikan melalui sesuatu painting tersebut.

Anda tidak perlu timbul perasaan takut untuk menghiasi rumah anda dengan painting oleh sebab takut merosakkan suasana kediaman anda. . Ini kerana Karya itu adalah suatu pelaburan yang akan menginspirasi anda untuk berfikir di luar kotak berkenaan dunia sekeliling anda. Istilah “cantik” tidak semestinya menjadi faktor utama untuk anda membeli karya. Sebab karya yang bagus akan menukar sesuatu ruang menjadi menarik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × two =

Scroll To Top