SENI MALAYSIA

Warna Boleh Buat Anda Jadi Gila ??

Bagaimanakah Warna Boleh Mempengaruhi Diri Anda. Topik ini sangat membantu anda dalam menghiasi dan mewarna kediamanan anda?

Image result for red anger

Merah buat anda marah! Mesti anda pernah dengar kenyataan seperti ini berulang kali kalau anda dah biasa “berurusan” dengan warna.

Seperti telinga apabila mendengar lagu Masdo-bunga membuatkan hati anda berbunga-bunga. Begitu juga dengan mata, setiap perkara atau benda yang anda tengok akan ditangkap oleh mata dan akan dihantar ke otak anda untuk ditafsir oleh otak. Disebabkan otak anda berfungsi mengeluarkan hormone pencetus ke seluruh badan anda, seperti panas, mengantuk, dan lapar, apabila mata melihat warna ia akan menghantar maklumat itu ke otak untuk otak keluarkan hormone yang sepatutnya.

Related image

Sebagai contoh langit pada waktu pagi terdiri daripada warna biru, yang akan membuatkan kita merasa segar dan bernyawa. Dan langit di petang hari, warna biru berkurangan, membuatkan kita jadi mengantuk malah jika cuaca menjadi suram misalnya jika hari mendung atau hujan, secara kebiasaan badan kita akan menjadi lesu dan selalu menguap. Ini juga merupakan tindak balas cuaca yang dapat dirasai oleh pancaindera manusia yang terus dihantar ke otak dan otak secara automatik memberi tindak balasnya kepada badan kita.

Related image

Ada kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari University of Ledds, mendapati yang warna boleh mempengaruhi kadar dengupan jantung dan tekanan darah, Warna merah menaikkan kadar degupan jantung, manakala warna biru menurunkan kadar degupan jantung. Walaupun kesannya sangat kecil atau sedikit. Tapi anda boleh bayangkan jika sesuatu warna itu ada bertembung setiap hari, ia akan memberikan kesan yang panjang.

Pada tahun 2009 lampu warna biru di pasang di setiap platform keretapi Yamanote di Tokyo untuk mengurangkan kadar bunuh diri. Dan hasilnya adalah penurunan kes bunuh diri yang melompat ke atas landasan sebanyak 74 peratus!

Image result for choosing colour

Di sini menunjukkan dengan jelas yang warna boleh mempengaruhi kita secara kita sedar atau tak. Warna bukan sahaja mempangaruhi anda secara psikologi, tetapi juga secara fizikal. Walaupun tidak banyak kajian yang dijalankan di dalam bidang ini, mungkin kerana faktor setiap orang menginterpretasi warna secara berlainan antara satu sama lain, tetapi ramai pengkaji mengakui yang warna boleh mempengaruhi kita di dalam sesuatu situasi. Kita harap ada kajian yang lebih mendalam dapat dihasilkan supaya dapat memberi kita lebih kefahaman tentang bagaimana warna  mempengaruhi otak anda. Kerana mungkin ada tidak mahu percaya cakap saya, anda boleh dengar cakap orang yang buat research berbanding saya

Tip-Tip Memilih Painting Untuk Kediaman

  1. Fikirkan saiz painting yang sesuai.

Related image

Saiz painting boleh mencantikkan kediaman dan dalam masa yang sama juga boleh merosakkan kediaman. Jadi apabila anda hendak membeli painting, anda perlu mengambil kira saiz painting tu.Sebab anda tidak mahu meletak painting yang cantik tetapi kecil di dalam billik yang besar. Atau painting yang terlalu besar hingga memakan ruang visual anda. Salah satu yang anda perlu mengambil kira jika anda nak pindahkan painting tu, atau mobilize, anda boleh beli saiz yang sederhana, tak kecil dan tak besar. Painting yang dalam ukuran 30cm x 120cm sangat sesuai untuk semua dinding.

  1. Percayakan naluri anda

Anda punya firasat atau cita rasa. Jika anda suka, anda boleh terus beli. Kerana anda akan selalu ada tempat di dinding untuk painting yang anda beli. Tetapi jika anda mempunyai ruang yang terhad, harus bersedia, sediakan pita pengukur untuk mengukur atau membuat anggaran saiz painting yang sesuai dengan dinding di kediaman anda. Anda perlu selalu mengikut kehendak hati anda kerana painting adalah satu investment dan ia adalah komitment jangka panjang. Zahir sesebuah painting itu adalah memberikan emosi kepada orang yang melihat. Jika painting itu cantik tetapi tidak memberikan anda apa-apa perasaan jika melihat, sama saja seperti menenung dinding rumah yang kosong.

  1. Tengok online dan cari painting yang original.dan juga untuk memerhati harga.

Related image

Cara yang bagus adalah melihat harga secara online. Di zaman moden nie kan banyak dah cara untuk anda beli painting. Semua di hujung jari anda. Jika anda ingin mencari painting yang cantik dan berkualiti, laman sesawang seperti My Art Spaces Saatchi menjual pelbagai painting yang berkualiti. Anda juga boleh memerhati dan mengkaji harga di sana. Jika anda mahu mengukur bajet apabila membeli painting, anda boleh ke online dan lihat apakah harga di pasaran sebelum anda pergi ke kedai untuk membeli. Jika anda nak tahu beza antara painting yang original dengan printed, anda boleh mengunjugi laman sesawang facebook My Art Spaces untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

  1. Gabungan antik dengan moden, be bold!

 

Image result for painting interior

Saya sangat suka gabungan painting yang bergaya moden dengan perabut yang lama atau antik. Sebab pada saya painting moden sangat sesuai berada di atas perabot antik. Anda tidak boleh membuat  kesilapan di situ. Benar saya cakap sebab saya pernah melawat ke rumah Raja Shariman, salah seorang pengkarya arca negara, rumahnya banyak perabot lama dan painting-painting yang digantung mencantikkan lagi suasana rumah tu.

  1. Bila anda dah BOLD, pastikan semua bende minimal.

Jika anda membeli painting yang striking, pastikan ia menjadi penegasan utama dalam ruang anda. Jadikan semuanya mudah dan bersahaja. Anda tidak mahu perabot dan painting anda bergaduh sesame sendiri. Tapi akan ada orang cakap, ”jangan biar panting menenggelamkan kediaman tetapi mahu menjadikan painting sebagai penegasan utama, jadi kena tengelamkan lah”. Tenang!! Tenang… sebab itu My Art Spaces pakar dalam hal nie. Saya nak jelaskan pun agak susah, tapi saya tahu bagaimana nak buat painting itu nampak “wow” tapi dalam masa yang sama tak menenggelamkan kediaman anda. Painting anda akan nampak harmoni dengan kediaman.

Painting Boleh Buat Anda Gembira

Image result for the happiness of painting

  1. Seni membuatkan anda mengelakkan anda dari semua masalah untuk seketika.

Pernah tak anda pergi pameran atau jalan-jalan kat mall dan bila nampak painting anda teberhenti kat situ jugak. Pastu tak kene mengena tiba2 anda tersenyum tengok painting tu. Ia menunjukkan bahawa anda sedang dalam “mood” yang ceria kerana sesiapa yang boleh menghargai keindahan dalam sesuatu yang tersurat adalah orang yang senang gembira.

  1. Boleh menghilangkan stress.

Related image

Ada kajian yang telah dijalankan oleh scholar-scholar yang menunjukkan apabila anda melukis atau hanya melihat lukisan akan mengurangkan cortisol. Cortisol ni adalah hormone yang keluar apabila anda stress dan dalam waktu yang sama meningkatkan pengeluaran hormone endorphin. Hormone ini membuatkan anda rasa gembira. Kajian yang dilakukan oleh professor Semir Zeki daripada University London menunjukkan yang melihat painting akan memberikan kesan phisiologi yang sama apabila anda merasakan perasaan cinta.

  1. Boleh menaikkan semangat dan juga self-esteem anda.

Related image

Setiap painting yang dihasilkan oleh seseorang artist akan dapat tempias semangat artist yang melukis itu sendiri di dalam painting tersebut. Jadi jika artist cuba melahirkan kegembiraan atau semngat juang, apabila anda melihat painting tersebut akan akan merasakan bende yang sama. “Anda ada kesedihan dalam diri anda, saya ada kesedihan dalam diri saya, dan paintng saya di tempat dimana dua kesedihan ini bertemu dan anda akan rasa kurang sedih” Mark Rokho.

  1. Membuatkan minda anda lebih sihat.

Related image

Manusia sukakan keindahan dan suka melihat bende2 cantik. Kajian yang dilakukan menunjukkan yang ada perubahan dalam ketahanan psikologi manusia dan penigkatan functional connectivity dalam otak anda yang berkaitan dengan tahap mental dan ketahanan memori apabila anda melihat painting.

Painting boleh membuat anda gembira tetapi ia tidak memberikan jaminan jika anda sendiri tidak memahami seni atau kegembiraan itu sendiri. Tetapi dengan mendekatkan diri dan embrace anda dengan seni tidak dapat mengubah anda menjadi “art lover” secara automatic.

5 Tips Mencantikkan Kediaman dengan Paiting

My Art Spaces merupakan syarikat penghasilan karya-karya seni yang pernah berurusan dengan hotel, syarikat Interior Design dan juga individu yang menginginkan karya painting di kediaman mereka. Inilah kepakaran My Art Spaces, dimana kami akan curate dan runding kediaman client dan sedikit sebanyak kami tahu perkara ini.

  1. Menambah pergerakan (Rhythm) dalam Kediaman

Related image

Dalam seni, pergerakan ini adalah cara dimana artis menghasilkan karya yang membawa pergerakan mata penonton ke sesuatu arah. Dengan meletak karya, yang terutamanya sekali karya yang boleh melahirkan keserasian dengan perabot2 di dalam bilik itu akan membuatkan mata orang tertupu terus pada painting itu

  1. Karya tu provide color.

Related image

Sebabnya adalah karya boleh menaikkan atau menenggelamkan warna di dalam kediaman. Pemilihan warna di dalam painting yang sesuai dengan keadaan ruang akan menambah keserian di dalam kediaman tersebut namun jika sebaliknya ia akan mengurangkan keserian warna di dalam kediaman anda.

  1. Membawa keseimbangan dan karakter ke kediaman anda

Contoh, Jika anda mempunyai siling yang tinggi dan anda memilih konsep moden dengan perabot-perabot yang rendah, Karya seni yang tergantung di dinding anda dapat menaikkan suasana dan akan mengimbangi kediaman anda.

  1. Melahirkan “galeri semasa” anda sendiri.

Sebab karya dalah sesuatu yang senang anda gantung dan tanggal. Sentiasa menukar karya dapat melahirkan suasana kediaman yng segar dan menarik. Ia juga dapat melahirkan perspektif yang berbeza. Contoh karya merah tuk raya cina. Karya hijau untuk hari raya, dan campuran merah biru, hijau, oren untuk piihan raya?

  1. Karya sebagai penegasan

Related image

Kadang-kadang bertindak bukan sebagai salah satu alat untuk mengharmonikan sesebuah kediaman, tapi digunakan untuk memberikan sedikit perasaan lemas. Lemas di sini bermaksud ia dapat menarik minat orang atau tetamu untuk cuba membaca mesej yang ingin disampaikan melalui sesuatu painting tersebut.

Anda tidak perlu timbul perasaan takut untuk menghiasi rumah anda dengan painting oleh sebab takut merosakkan suasana kediaman anda. . Ini kerana Karya itu adalah suatu pelaburan yang akan menginspirasi anda untuk berfikir di luar kotak berkenaan dunia sekeliling anda. Istilah “cantik” tidak semestinya menjadi faktor utama untuk anda membeli karya. Sebab karya yang bagus akan menukar sesuatu ruang menjadi menarik.

Scroll To Top