SENI MALAYSIA

Elementor #172

KENAPAKAH PAINTING MAHAL?

Syamsul Addenno, Pengasas My Art Spaces

Pernah tak anda tertanya-tanya kenapakah sesuatu painting itu mahal? Dan apa yang dihasilkan tidak setimpal dengan harga yang ditawarkan? Painting yang dihasilkan seperti anak-anak anda boleh buat? Sebagai orang yang telah lama dalam bidang ini, soalan seperti ini adalah selalu ditanya kepada saya. 

Sebelum saya menubuhkan My Art Spaces, soalan ini telah ditanya oleh semua orang, daripada kelas bawahan ke kelas atasan, daripada yang bekerja swasta hingga yang bekerja kerajaan. Mereka ini semua ada satu persamaan, mereka tidak tahu Seni atau kurang pemahaman terhadap dunia seni. Dalam artikel ini saya akan kongsi dengan anda kenapakah sesuatu painting itu mahal.

Pengkarya.

Salah satu yang terbesar, jika bukan yang terbesar, faktor yang membuat harga painting itu meningkat naik adalah kerana pengkarya di sebalik lukisan tersebut. Pernahkah anda mendengar painting Yusof Ghani atau Prof Awang Damit yang dijual kurang daripada sratusan ribu ringgit? 

Seniman Negara, Yusof Ghani dan Dato' M. Nasir

Mungkin tidak! Ini adalah jenis impak yang boleh dimiliki oleh seorang pengkarya pada harga sesebuah painting.Permintaan yang tinggi terhadap lukisan pengkarya-pengkarya ini juga turut menyumbang kepada harga painting tersebut.

Tahukah anda, hanya terdapat kurang daripada 30 painting oleh Leonardo da Vinci yang tinggal hari ini. Jadi, siapa yang tidak mahu memiliki painting Da Vinci! Ini menyebabkan harga painting itu naik. Tambahan pula, apabila beberapa painting oleh pengkarya-pengkarya terkenal muncul di dalam  lelongan, telah menarik banyak minat orang untuk membelinya. Dalam beberapa kes, painting pengkarya menjadi popular hanya selepas kematiannya. Sebagai contoh, Karya-karya seniman seperti Dato’ Syed Ahmad Jamal, Ibrahim Hussin dan lain-lain.

Kualiti Kerja Sesebuah Painting

Kalau nama pengkarya-pengkarya yang sudah terkenal menyebabkan sesebuah painting itu mahal, bagaimana pula painting pegkarya yang tidak terkenal atau baru meningkat naik. Disinilah faktor kualiti painting tersebut yang menyebabkan painting itu mahal. 

Akan tetapi beberapa faktor seperti cara pengkarya membina idea, cara proses penghasilan painting, teknik yang digunakan, dan cara painting itu dipersembahkan meyumbang kepada peningkatan harga sesebuah painting. Sesetengah pengkarya berjaya menguasai faktor-faktor ini dan menyebabkan lukisan mereka menjadi mahal.

Bahan Yang Digunakan Dan Tempoh Masa.

Harga sesebuah painting juga bergantung kepada tempoh masa bilakah Sebuah painting yang dihasilkan pada abad ke 16 mungknlebih mahal berbanding painting yang dihasilkan pada hari ini.

Apabila bercakap tentang painting, material yan digunakan juga boleh memberi kesan kepada harga painting tersebut. Kanvas yang digunakan, warna dan sebagainya secara lansung boleh mempengaruhi dalam mengira harga sesebuah painting. Dalam beberapa kes ketebalan  warna juga memainkan peranan dalam meletak harga painting. minimum sementara yang lain menggunakan lapisan cat tebal. Ini dapat mencerminkan secara langsung jumlah yang dipaparkan pada tanda harga.

Gaya Seni

Gaya seni painting dan harga sebuah painting sangat berkait rapat antara satu sama lain terutama di dalam pasaran seni masa kini. Sebagai contoh, Pasaran Seni di India, abstract painting lebih mahal berbanding gaya seni yang lain. Terdapat pelbagai gaya seni di India, tetapi semua itu tidak mahal seperti abstract painting. Walau bagaimanapun, ini adalah sesuatu yang tidak tetap kerana ada kemungkinan esok gaya seni lain pula lebih mahal.

Di negara luar, masyarakat menganggap  seni adalah satu aset yang boleh dilaburkan. Ramai jutawan menggunakan seni sebagai pelaburan membuatkan sesuatu painting itu mencecah harga jutaan ringgit. Walaubagaimanapun di Malaysia, “budaya” ini juga telah berlaku tetapi tidak meliputi setiap peringkat masyarkat. Kebanyakan yang membeli seni sebagai pelaburan adalah orang peringkat atasan dan orang yang mempunyai kepentingan sahaja berbanding di luar negara orang kelas bawahan juga menganggap seni sebagai asset. Hakikatnya harga painting berubah dari masa ke semasa. Hari ini mungkin ia mahal tetapi ia tidak menjanjikan painting yang sama akan mahal pada hari esok.

Bolehkah anda beritahu sebab lain mengapa sebuah painting mahal? Untuk anda, apakah perkara yang paling berharga tentang painting yang anda mahu beli? Adakah nama, kualiti atau gaya dan medium digunakan? Kongsi pendapat anda dengan kami di ruangan komen.

Scroll To Top